Thursday, September 30, 2010

Angin bukan Udara

Ku sangka kau udara,
Udara yang selalu berada di sisiku,
Udara yang memberi nafas dalam hidupku,
Udara yang menghangatkan malamku,

Jika kau udaraku,
Mengapa sesak hela nafasku?
Dan dakapan ku kosong, tiada bererti…

Kini ku sedari,
Kau bukan udara,
Yang senantiasa disisiku,
Kau juga bukan nafasku,
Kau mendinginkan malamku yang sepi,
Kerana kau angin,
Angin yang berlalu pergi dan tak kembali…