Thursday, September 30, 2010
Angin bukan Udara
Udara yang selalu berada di sisiku,
Udara yang memberi nafas dalam hidupku,
Udara yang menghangatkan malamku,
Jika kau udaraku,
Mengapa sesak hela nafasku?
Dan dakapan ku kosong, tiada bererti…
Kini ku sedari,
Kau bukan udara,
Yang senantiasa disisiku,
Kau juga bukan nafasku,
Kau mendinginkan malamku yang sepi,
Kerana kau angin,
Angin yang berlalu pergi dan tak kembali…
Saturday, July 17, 2010
KALIAN menjadian cerminan DAKU…
Kekadang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, tanpa kita sedari persekitaran mempengaruhi jati diri walau tidak banyak namun pasti ada..
Satu perkara juga yang sering kita terlepas pandang adalah mereka di sekeliling kita… mungkin tidak ramai antara kita yang tidak sedar bahawa terkadang mereka yang tidak kita kenali sama sekali mempunyai persamaan secara kebetulan atau semulajadi… Cuma diri kita yang tebal egonya menafikannya keran mahu dilihat berbeza ataupun lebih baik daripada orang lain…
Hanya mereka yang celik hatinya sahaja yang menyedari kenyataan ini kerana mereka berhenti sejenak menjadi diri mereka dan cuba menyelami disebalik sudut mereka yang lain… mereka ini akan menyedari bahwa sedikit sebanyak terdapat persamaan dalam diri masing-masing… persamaan inilah yang harus kita jadikan kekuatan untuk membentuk penyatuan bagi menepuhi hari-hari mendatang…
Dan perkara inilah banyak di antara kita tidak memilikinya… kerana banyak diantara kita tidak mahu menyelami diri insan yang lain dan hanya memikirkan tentang AKU(diri sendiri)… mereka menganggap dunia ini hanya berpusing pada paksi diri mereka dan segala kejadian hanya berkaitan dengan mereka..
Dan apa yang menyedihkan, saat mereka sedar bahwa dunia ini bukan semata-mata kerana mereka…
Semua nya sudah terlambat…..
Tuesday, July 13, 2010
.:dHunia:.
Ketika aku sendiri kaku tidak berdiri,
Aku bingung dengan dunia,
Mengapa begitu kejam engkau,
Darah umpama air suci yang engkau dambakan,
Saban hari, setiap detik,
Tiada nilai kah nyawa saudara ku itu?
Aku juga kaget melihat kelakuan mu dunia,
Ramai yang berdiri lantang bersuara
Namun hasilnya mirip sedekad lalu,
Keganasan, kegilaan dan kerakusan
Lebih berkuasa dari kemanusiaan.
Apa isteimewanya engkau?
Kecaman bagimu umpama gurauan senda,
Tinggi sangatkah darjat bangsa mu itu, wahai si celaka?
Sedangkan dalam kitab suci ku kau sebaliknya.
Kau bangsa hina wahai bani israil..
Bangsa yang hanya tahu membinasa tanpa ihsan…
Manakah dia yang bernama keadilan?
Masih bernyawakah engkau?
Atau telah lama mati kerna kejamnya zionis
Tuesday, June 22, 2010
kembara masa
“Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.”". (surah Al-Kahfi ayat; 13&14)
Monday, June 21, 2010
kembali
Kembali-nya DAKU
meneruskan perjuangan
di bumi bertuah
jejak-jejak yang hilang
menanti kabus malam
langkah yang sumbang
KU susun
KEMBALI

