Saturday, July 17, 2010

KALIAN menjadian cerminan DAKU…

Kekadang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, tanpa kita sedari persekitaran mempengaruhi jati diri walau tidak banyak namun pasti ada..

Satu perkara juga yang sering kita terlepas pandang adalah mereka di sekeliling kita… mungkin tidak ramai antara kita yang tidak sedar bahawa terkadang mereka yang tidak kita kenali sama sekali mempunyai persamaan secara kebetulan atau semulajadi… Cuma diri kita yang tebal egonya menafikannya keran mahu dilihat berbeza ataupun lebih baik daripada orang lain…

Hanya mereka yang celik hatinya sahaja yang menyedari kenyataan ini kerana mereka berhenti sejenak menjadi diri mereka dan cuba menyelami disebalik sudut mereka yang lain… mereka ini akan menyedari bahwa sedikit sebanyak terdapat persamaan dalam diri masing-masing… persamaan inilah yang harus kita jadikan kekuatan untuk membentuk penyatuan bagi menepuhi hari-hari mendatang…

Dan perkara inilah banyak di antara kita tidak memilikinya… kerana banyak diantara kita tidak mahu menyelami diri insan yang lain dan hanya memikirkan tentang AKU(diri sendiri)… mereka menganggap dunia ini hanya berpusing pada paksi diri mereka dan segala kejadian hanya berkaitan dengan mereka..

Dan apa yang menyedihkan, saat mereka sedar bahwa dunia ini bukan semata-mata kerana mereka…

Semua nya sudah terlambat…..

Tuesday, July 13, 2010

.:dHunia:.

Ketika aku sendiri kaku tidak berdiri,

Aku bingung dengan dunia,

Mengapa begitu kejam engkau,

Darah umpama air suci yang engkau dambakan,

Saban hari, setiap detik,

Tiada nilai kah nyawa saudara ku itu?

Aku juga kaget melihat kelakuan mu dunia,

Ramai yang berdiri lantang bersuara

Namun hasilnya mirip sedekad lalu,

Keganasan, kegilaan dan kerakusan

Lebih berkuasa dari kemanusiaan.

Apa isteimewanya engkau?

Kecaman bagimu umpama gurauan senda,

Tinggi sangatkah darjat bangsa mu itu, wahai si celaka?

Sedangkan dalam kitab suci ku kau sebaliknya.

Kau bangsa hina wahai bani israil..

Bangsa yang hanya tahu membinasa tanpa ihsan…

Manakah dia yang bernama keadilan?

Masih bernyawakah engkau?

Atau telah lama mati kerna kejamnya zionis

Tuesday, June 22, 2010

kembara masa

...pelbagai macam peristiwa yang dapat digarap menjadi secangkir pengalaman hidup... semuanya penuh bererti dan daku amat hargai... suka, duka, sebal, sesal, sebak, tawa, tangis... segalanya hanya mampu kuselitkan dalam benak sanubari disebalik sekumtum senyuman kelat... kepada rakan-rakan yang senantiasa di sisi kalianlah permata yang tiada nilai gantinya... andai masih ada ucapan lebih indah daripada jutaan terima kasih akan ku ucapkan ia... smoga kita bersama dapat mengharungi lembah yang berduri ini... dan daku gagah berdiri walau dililit sejuta luka kerna daku pasti akan ada insan yang bernama TEMAN... daku juga berani merentas badai ini kerna aku yakin akan janji-Nya..

Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.”". (surah Al-Kahfi ayat; 13&14)



Monday, June 21, 2010

kembali

Posted by Picasa

Kembali-nya DAKU
meneruskan perjuangan
di bumi bertuah

jejak-jejak yang hilang
menanti kabus malam
langkah yang sumbang
KU susun
KEMBALI

Sunday, April 11, 2010

KAWAN dan CINTA

Di suatu hari yang indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !

Di dalam telaga CINTA hilang.

Kenapa? Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana… KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI….