Friday, May 20, 2011

Dengar!!!LAH...

Wahai bintang dengarlah,

Jiwa ini ingin berbicara,

Usahlah kau berpaling,

Bersembunyi di balik awan.


Dimana dapat ku cari kembali,

Tawaku sudah lama hilang,

Senyum daku telah tertanam,

Bersama kunci pintu hatiku.


Duhai Bulan,

izinkan aku berbicara,

katakan kepada bintang,

tentang isi hati ini,

andai kau lebih mengerti...

Monday, May 9, 2011

SegalaNya Mungkin

Ingin ku kata dengan indah,

Agar kau bisa memahamminya,

Bisa mengerti dan fahami maksudnya..

Namun apakan daya,

Ini bukannya yang pertama,

Namun mungkin ini yang terakhir..

Dan ku serahkan kepada-MU, Ya Razak..

Kaulah yang memilik hati-hati setiap hamba-Mu..

Bukakanlah hati pemilik kunci hatiku ini..

Sunday, April 10, 2011

DOA untuk EXAM

Doa memulakan ulangkaji:


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ

عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ

عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ



Maksudnya:


“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”



Ketika memasuki dewan peperiksaan:


وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرً

Maksudnya:


“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



Ketika menerima kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي


Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.

Dan mudahkanlah bagiku tugasku.

Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



Ketika sukar menjawab:


للَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ


Maksudnya:


“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”



Jika anda terlupa jawapan:


اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ


Maksudnya:


“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.



"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.



.:untuk KALIAN bergelar SAHABAT:.

IF YOU NOT BUSY BEING BORN,
YOU'RE BUSY DYING..

SELAMAT BERJAYA SAHABAT

KHAS BUAT KALIAN;

Ya ALLAH,
KAU hiasilah sahabatku ini,
dengan kebijaksanaan para malaikat,
kefahaman para rasul dan hafazan para nabi,
permudahankanlah urusannya selancar tusukkan jarum,
perkenankanlah ilmu-MU pada dia agar ilmu yang dipelajarinya
mudah difahami seperti cepatnya air diserap oleh tanah,
kebalkanlah dirinya dari fikiran buruk dan dicerca,
seperti kebalnya daun keladi terhadap air,
Ya Rahman Ya Rahim,
kau rahmatikanlah kami,
kau berkatikanlah kami,
kau redhaikanlah kami,
sesungguhnya kepada Engkau jualah tempat kamu meminta,
kau berikanlah kejayaan di dunia mahupun di akhirat,
Ya Wahab, Ya Fattah hu Ya Hakim,
kau bukanlah hati kami Ya ALLAH,
kurniakan lah taufiq dan hidayah Mu Ya ALLAH,
sematkanlah khalimah,
لا اله الا الله محمدا رسول الله
dalam hati kami Ya ALLAH,
kau kurniakanlah ilham dari malaikat yang dekat dengan-MU,
bukakanlah 1001 jalan untuk kami,
Engkau lapangkanlah dada kami,
sesungguhnya kepada Engkau jualah kami berserah..
AMIN YA RABBAL ALAMIN

“Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.”


'RABBANA YASSIR WALA TU'ASSIR WAJ'ALNA MINAN NAJIHIN'

Thursday, March 10, 2011

bangkit KEMBALI

mencari kekuatan disebalik kelemahan
mencari semangat disebalik harapan

moga diberkati
moga dirahmati
moga diberikan kekuatan
oleh-Nya...

bukan ribut menjadi halanganku
bukan taufan musuhku
bukan tsunami lawanku

namun
hati manusia
bisikan penuh muslihat
permaisuri yang menasihati
racun segala penyakit

ayuh..
bangkitlah wahai HATI
sedarlah dari lamunanMU
wahai JIWA

melangkah ke hadapan