Tuesday, August 16, 2011

Tujuh Jenis Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi. Nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA

Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yg terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING

Hmm.. yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS

Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah terikat atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis

6. CINTA SI PENYELAMAT

Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA

Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.

Apa yg pasti cinta yg Agung itulah yg kekal abadi dan kasih manusia sering bermusim . sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

Wassalam…

Saturday, July 16, 2011

.:KAU yang KU cari:.


Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Rahim,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar aku tidak berpaling daripada-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku merindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindukan syahid di jalan-Mu.


Ya Rabbi,
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatkannya sempurna dimata-Mu.
Seseorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya,
Seseorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihanya,
Seseorang yang memelukan diriku untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna.


Ya ALLAH,
Jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu,
Dialah permata yang dicari selama ini, baru ku temui,
Tetapi aku tidak pasti.... rencana Ilahi..
Apakah dia akan kumiliki?

"Apa sahaja yang ALLAH anugerahkan kepada manusia berupa rahmat maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh ALLAH maka tidak seorang punyang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Al-Fathir;2)





Sunday, June 12, 2011

tiga is three

ANTARA 'MAMPU' DENGAN 'MAMPUS'

SEORANG suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan beliau berkahwin lagi. Antara alasannya adalah seperti berikut:

Suami: Lelaki kahwin tiga barulah 'sah'.

Isteri: Kenapa pulak? Suami: Cuba terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, 'satu' is one, 'dua' is two, 'tiga' isteri (is three). Baru betul dan sah!

Isteri: Tapi abang kena faham bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural. Suami: Berkenaan apa tu?

Isteri: Satu tu singular.. Kalau dua atau lebih plural.

Suami: Contohnya? Isteri: One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami: Ohhh... tambah huruf 's' untuk yang plural.

Isteri: Betul tu. Sama jugalah untuk abang.

Suami: Macam mana pula boleh sama?

Isteri: Satu isteri (sebab singular) abang 'mampu'. Jika dua isteri dah jadi plural, maka abang bukan 'mampu'... tapi kena tambah 's'. Jadi sebutannya abang 'mampuS. Betul kan bang, tambah 's' saja!

Si suami tidak terkata apa-apa. Dia jadi bengang.Dan sejak itu, si suami tidak pernah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dua... sebab takut 'mampuS'!Dan isteri terus senyum lebar

Friday, May 20, 2011

Dengar!!!LAH...

Wahai bintang dengarlah,

Jiwa ini ingin berbicara,

Usahlah kau berpaling,

Bersembunyi di balik awan.


Dimana dapat ku cari kembali,

Tawaku sudah lama hilang,

Senyum daku telah tertanam,

Bersama kunci pintu hatiku.


Duhai Bulan,

izinkan aku berbicara,

katakan kepada bintang,

tentang isi hati ini,

andai kau lebih mengerti...

Monday, May 9, 2011

SegalaNya Mungkin

Ingin ku kata dengan indah,

Agar kau bisa memahamminya,

Bisa mengerti dan fahami maksudnya..

Namun apakan daya,

Ini bukannya yang pertama,

Namun mungkin ini yang terakhir..

Dan ku serahkan kepada-MU, Ya Razak..

Kaulah yang memilik hati-hati setiap hamba-Mu..

Bukakanlah hati pemilik kunci hatiku ini..