Monday, March 8, 2010

..::TUN TEJA::..




Demi cintamu Teja

pada Si Tuah,
engkau berkorban apa saja
untuk hidup bersamanya...

Belumpun tiba di Melaka
Si Tuah menjampi sirih memutus cinta...
Katanya kau bukan untuknya
Semata dilarikan untuk Paduka...

Remuknya hatimu Teja tiada terhingga
Terkenang kasih yang tak ke mana...

Kerana jasanya pada Paduka
memperdaya kau dengan cinta
Tuahpun diangkat jadi Laksamana.
Tinggallah engkau Teja
tanpa rela berendam air mata
di istana Melaka bersuamikan Paduka...



No comments: