Sunday, June 12, 2011

tiga is three

ANTARA 'MAMPU' DENGAN 'MAMPUS'

SEORANG suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan beliau berkahwin lagi. Antara alasannya adalah seperti berikut:

Suami: Lelaki kahwin tiga barulah 'sah'.

Isteri: Kenapa pulak? Suami: Cuba terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, 'satu' is one, 'dua' is two, 'tiga' isteri (is three). Baru betul dan sah!

Isteri: Tapi abang kena faham bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural. Suami: Berkenaan apa tu?

Isteri: Satu tu singular.. Kalau dua atau lebih plural.

Suami: Contohnya? Isteri: One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami: Ohhh... tambah huruf 's' untuk yang plural.

Isteri: Betul tu. Sama jugalah untuk abang.

Suami: Macam mana pula boleh sama?

Isteri: Satu isteri (sebab singular) abang 'mampu'. Jika dua isteri dah jadi plural, maka abang bukan 'mampu'... tapi kena tambah 's'. Jadi sebutannya abang 'mampuS. Betul kan bang, tambah 's' saja!

Si suami tidak terkata apa-apa. Dia jadi bengang.Dan sejak itu, si suami tidak pernah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dua... sebab takut 'mampuS'!Dan isteri terus senyum lebar