Thursday, October 13, 2011

Pementasan Kehidupan

Di sini, di atas ini,

Gelap bertemankan sepi,

Mengharapkan chaya,

Yang selama ini disangka segalanya.


Dunia bulat ligat berputar,

Namun di pentas ini kita sama,

Banyak teman berbaju putih,

Tetap memakai topeng mereka,

Memainkan peranan tanpa pegangan,

Melaksanakan arahan tanpa tujuan.


Dan sketsa pun bermula,

Tirai dibuka, hadirin tertawa,

Terhibur dek sengsara sang Insani,

Tersentap hiba kerana jenaka si boneka.


Dan aku tetap berada di situ,

Cuba memahami, ingin mengerti,

Apa benar inikah dunia yang penuh pelangi,

Atau mimpi yang penuh ngeri.


Dan dalam angan tanpa sedarku,

Tirai pentas kini berlabuh ,

Topeng dibuka watak bertukar,

Namun pelakonnya masih sama,

Kita smua bergelar manusia,

Dan kisah kembali ditinta.


Minda polos ku tertanya,

Bilakah akan berakhirnya,

Opera sketsa ini…

Tuesday, October 11, 2011

Masa dan Masa

Lama sudah jari jemari ini tidak menaip bait-bait kata yang tak mampu diluah menjadi kata-kata. Cukup lah menjadi sebaris ayat lalu digarap menjadi seuntai kata untuk kita semua renungi, atau fahami mungkin. Mungkin masa tidak mengizinkan, mungkin juga kerana hati ini terlalu letih, memedam rasa sehingga tak terluah hatta segaris huruf sekalipun.

Apa jua kemungkinannya, yang pasti sekelumit masa yang berlalu cukup bermakna buat diri ini, terlalu besar nikmat-Nya. Dan semoga kita tergolong dalam mereka yang bersyukur kepada-Nya. Biarlah ku pendam seribu rasa itu, kerana aku pasti seyakinnya pasti sejuta hikmah menantiku. Kerana aku ingin menjadi insan yang disebut di dalam kalam-Nya. Dan aku ingin selalu merasakan kemanisan yang dijanji-Nya.