Kekadang dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, tanpa kita sedari persekitaran mempengaruhi jati diri walau tidak banyak namun pasti ada..
Satu perkara juga yang sering kita terlepas pandang adalah mereka di sekeliling kita… mungkin tidak ramai antara kita yang tidak sedar bahawa terkadang mereka yang tidak kita kenali sama sekali mempunyai persamaan secara kebetulan atau semulajadi… Cuma diri kita yang tebal egonya menafikannya keran mahu dilihat berbeza ataupun lebih baik daripada orang lain…
Hanya mereka yang celik hatinya sahaja yang menyedari kenyataan ini kerana mereka berhenti sejenak menjadi diri mereka dan cuba menyelami disebalik sudut mereka yang lain… mereka ini akan menyedari bahwa sedikit sebanyak terdapat persamaan dalam diri masing-masing… persamaan inilah yang harus kita jadikan kekuatan untuk membentuk penyatuan bagi menepuhi hari-hari mendatang…
Dan perkara inilah banyak di antara kita tidak memilikinya… kerana banyak diantara kita tidak mahu menyelami diri insan yang lain dan hanya memikirkan tentang AKU(diri sendiri)… mereka menganggap dunia ini hanya berpusing pada paksi diri mereka dan segala kejadian hanya berkaitan dengan mereka..
Dan apa yang menyedihkan, saat mereka sedar bahwa dunia ini bukan semata-mata kerana mereka…
Semua nya sudah terlambat…..
No comments:
Post a Comment