Monday, January 17, 2011

aku yang tidak mengerti...

aku tidak ingin
menjadi orang buta yang melihat syurga,
dan aku juga tidak ingin
berpandukan cahaya terang yang berwarna hitam
kerana aku tidak mengerti,
aku sendiri...

aku mencari suatu benda purbakala,
yang dahulunya dikenali CHAYA,
disuatu zaman ia dikenali HIDAYAH,
atau TAUFIQ,

dimana dapat kucari ia?
yang pasti bukan dipasar pengalaman,
yang penuh peniaganya,
lantang bersuara mencipta dongengan,

puas kucari,
lalu kuterdampar,
ditepi sang tua si pengembara,
lusuh dan uzur,
namun wajahnya jernih.

'wahai anak'
pesan sang tua itu,
'usah kau diasyikan sejuta mimpi',
lalu dengan kudrat yang bersisa,
sang tua si pengembara menunjuk arah,

pergi mencari mimpimu,
kejar ia, biar terpaksa merangkak sekali pun,
kerana,
Selagi ada waktu, kau perlukannya,
umpama udara yang kau hela...

1 comment:

Anonymous said...

capai la impian itu...
dan iring impian itu,seperti menginjak pada tanah yang sama. bernafas pada udara yang sama.